aku dan ibu

0 comments

malam ini aku akan mencecah umur baru dalam hidup aku
meninggalkan kenangan lama
tidak semudah memadam sebuah entri
benar, aku blogger pasif
hanya sekala menulis di sini
berdiri sendiri tanpa sesiapa
dan aku tak tahu
akan ke mana lagi aku bawa
angin bayu sedih diri aku
juga senda gembira
dan ini, aku curah sedikit duka
malam hari lahir aku

aku hanya pinta tinggal sebentar di kampus untuk cuba berniaga. kebetulan di kampus ada acara sukan, dan ibu tidak habis-habis mendesak supaya aku berniaga, yang mana dengan jadual aku yang padat ini sebenarnya aku tidak mampu menjalankannya dengan serius.
dan jawapan yang aku dapat sebenarnya tidak pernah memberangsangkan. ya, seperti yang aku jangka, ditolak lagi.
bila kau katakan aku akan bersama teman-teman, ibu bertanya, apa benar mereka akan bersama. dan memangnya aku suka jawab jujur. mugnkin tidak. dan aku katakan juga seperti realitinya, aku yang perlu minta izin awal kerana selalunya akan ditolak.
ibu kata aku selalu merasa terkongkong, dan itu memang benar. kalau ke kem khidmat negara saja ayah sanggup memohon untuk jadi jurulatih, dan ke perkhemahan sekolah saja ayah tak pernah benarkan, melainkan sekali kerana aku pergi diam-diam. kalau tidak memang tidak ada satu pun pengalaman aku di kem seperti itu.
sedangkan untuk melawat kolej matrikulasiku saja aku berusaha agar ayah tidak pernah tahu aku ke sana, kalau tidak memang aku tidak akan pernah menjejak tampat iru lagi.
untuk ke sekolah menengahku saja ayah ibu hanya memberi aku masa beberapa jam untuk bersama teman-teman, sedangkan jiranku yang juga teman sekelasku juga ada di situ dan aku boleh pulang sendiri.
sedangkan aku mahu pulang ke rumah sendiri dengan bas dari stesen saja aku tak dibenarkan sedangkan adikku yang sekarang baru tingkatan dua sudah beberapa kali ibu suruh pulang dengan bas saja. [jarak dari stesen bas dan sekolah adik ke rumah hampir sama].
sedangkan aku hanya suka pada seorang teman kelasku saja aku sudah berapa kali dibelasah ayah, sdikku yang sudah beberapa kali putus pacar masih lagi berpacaran.

penat aku. penat sekali sebenarnya. aku rasa aku tak mahu pulang cuti kali ini. biar aku di rumah sendiri saja. aku rasa itu lebih baik.

[...]

Derita Merindu

1 comments





Ahli Fiqir - Derita Merindu
 
aku rindu dia
dia yang aku cinta
dia yang aku sayang
yang aku kasih selalu


cinta satu masa dahulu
cinta yang pertama buatku
yang aku hanya sedar
setelah terpisah jauh
dan tak tahu bila kembali


bertahun ku pendam rasa
dialah jua yang ku cinta
tak ada lain darinya
melainkan tuhanku dan tuhannya
Maha Pencipta


dekatkan hatiku dengan hatinya
kiranya dia memang untukku
tolong dekatkan kami
walau kami jauh
kerana aku sayang dia


cinta pertamaku, cinta hati aku. dari dulu hingga kini tak pernah berubah. aku hanya cinta dia dari pertama pandanganku jatuh ke atasnya. selamat aku hanya berani mendiam. aku hanya berani pandang dia dari jauh. dari balik tabir aku.
ah, apa perlu aku katakan pada dia apa yang aku rasa, atau sekadar menanti kepulangannya?
aku dan dia sudah terlalu jauh. jauh dari segala segi, melainkan hanya hatiku masih milik dia. pertama dan terakhir, sampai nanti mungkin aku bertemu dengan wajah lain, hati lain, hati yang sudi temani aku sepanjang hidupku.
bertahun lama dia tidak ku temu, aku sedar hati ini masih milik dia. dan aku hanya pernah bisa memohon, agar aku dan dia ditemukan semula; paling tidak mengakui cintaku padanya. agar dia tahu, agar dia mengerti..

[...]

duga dunia aku

1 comments





Edcoustic-muhasabah-cinta

aku lihat kiri kanan
dia sakit
dia juga sakit
tapi mereka sakit yang lain
hitam putih kelabu
dunia mereka beza

dalam kelam aku
aku punya dunia kelabu juga
pandangan jadi kabur
dan yang mereka kata ubat
itu bisa mematikan aku

oh, apakah
ini duga dunia aku
duga lain dari orang
kerana aku percaya Tuhan
Tuhan beri aku sakit
supaya aku sedar diri
jangan sombong atas bumi Tuhan

bumi luas ini
bumi yang Tuhan ciptakan
lantas Tuhan ciptakan manusia
tapi manusia jadi leka
lalai memerintah

tangan-tangan mereka
tangan mengusik harta
tangan merebut kuasa
musnah
musnah semua!

hari ini aku sakit entah yang keberapa hari. jadual harianku jadi terganggu. temanku yang sakit lebih dahulu sudah kembali. aku masih sakit.
dia yang duduk di kamar pesakit sepekan lama, takut aku jadinya. aku punya tanda-tanda lebih teruk dari dia, tapi aku tidak dirujuk ke rumah sakit seperti seharusnya.
ah, biarkan. lagipun sakit itu sebenarnya tidak ada ubatnya. Tuhan ciptakan sakit itu hanya untuk aku yang tahu dan hanya untuk aku yang rasa.
biarlah bagiku sakit itu kalau itu yang terbaik sebagai kifarah dosa.

[...]
 
© 2010 | Quill | Quill298